Rumah Produk Teknologi tenaga baru ESports Agensi untuk bergabung AI pintar Berita global Perniagaan Hiburan Fesyen Kehidupan Hotel Kesihatan Sukan Kewangan Ibu bapa-anak Makanan Anak Hartanah

104 kontinjen sertai perarakan Maulidur Rasul di UPM

2026-08-24 HaiPress

Pengarah Pusat Islam Universiti Putra Malaysia (UPM),Serdang,Selangor,Zuhaimi Abdul Rahim / foto RTM

KUALA LUMPUR,24 Ogos – Pelbagai pengisian dirangka bagi menyemarakkan Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1448H/2026M,dengan Universiti Putra Malaysia (UPM),Selangor dipilih sebagai lokasi sambutan.

RINGKASAN BERITA AI

“Kalau kita lihat dalam konteks usaha dakwah Nabi,Baginda adalah ‘Uswatun Hasanah’ yang menjadi contoh dan teladan kepada kita sebagai seorang pemimpin. Di universiti ini,kita lihat ramai bakal pemimpin yang akan menerajui kepimpinan negara.

“Selain itu,nabi juga seorang ketua keluarga yang boleh dijadikan model dalam kehidupan kita,” katanya.

Sambutan peringkat kebangsaan itu diharap memberi peluang kepada warga universiti menghayati sirah dan keperibadian Rasulullah SAW,selain menyemarakkan amalan berselawat serta menerapkan nilai murni dalam kehidupan seharian.

Siaran langsung Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1448H/2026M akan disiarkan secara langsung menerusi TV1 pada 25 Ogos 2026 (Selasa),bermula pukul 9.00 pagi dan rangkaian radio Radio Televisyen Malaysia (RTM). Sambutan kali ini bertemakan “MADANI Dihayati,Ummah Diberkati”.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta 2009-2020 Berita Perisikan Teknologi Malaysia      Hubungi kami   SiteMap