Rumah Produk Teknologi tenaga baru ESports Agensi untuk bergabung AI pintar Berita global Perniagaan Hiburan Fesyen Kehidupan Hotel Kesihatan Sukan Kewangan Ibu bapa-anak Makanan Anak Hartanah

Harga minyak turun lebih AS$1 menjelang pengumuman sekatan baharu AS terhadap Iran

2026-08-24 HaiPress

Foto REUTERS

SINGAPURA,24 Ogos – Harga minyak dunia turun lebih AS$1 setong pada Isnin apabila pelabur mengambil keuntungan selepas kenaikan minggu lalu menjelang pengumuman Washington mengenai sekatan tambahan terhadap Iran yang berpotensi menjejaskan bekalan minyak dari Asia Barat.

RINGKASAN BERITA AI

Presiden Donald Trump turut mengancam untuk mengenakan sekatan terhadap rakan dagang Iran.

Penganalisis komoditi Commonwealth Bank of Australia,Vivek Dhar,berkata masih belum jelas sama ada dasar AS untuk mengasingkan Iran secara ekonomi akan mencapai matlamatnya.

Namun,katanya,sekiranya langkah itu berjaya mengekang Tehran,risiko Iran bertindak balas dengan meningkatkan keganasan akan menjadi antara faktor utama yang perlu diberi perhatian pasaran tenaga.

Iran sebelum ini mengecam rancangan AS untuk mengumumkan sekatan baharu,meskipun Presiden Masoud Pezeshkian menyeru supaya penyelesaian diplomatik dicapai.

Penganalisis pasaran IG,Tony Sycamore,pula berkata anggota kepimpinan Iran yang lebih pragmatik cenderung memilih langkah meredakan ketegangan,manakala golongan berhaluan keras mungkin memilih untuk terus berkonfrontasi.

“Menjelang penghujung minggu ini,kita mungkin mendapat gambaran lebih jelas pihak mana dalam kepimpinan Iran yang mempunyai pengaruh lebih besar,” katanya.

Sementara itu,sumber perdagangan berkata tawaran minyak mentah Iran kepada pembeli China semakin berkurangan,manakala harganya meningkat berikutan sekatan AS yang menjejaskan penghantaran minyak Tehran.

Bagaimanapun,Iran dilaporkan membenarkan beberapa kapal tangki minyak Iraq melalui Selat Hormuz selepas menerima permintaan berulang kali daripada Baghdad,menurut agensi berita rasmi Iran,IRNA,pada Sabtu. – REUTERS.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta 2009-2020 Berita Perisikan Teknologi Malaysia      Hubungi kami   SiteMap