2026-08-22
HaiPress

Facebook: Anwar Ibrahim
BANDAR SERI BEGAWAN,22 Ogos- Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri,Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail meluangkan masa menyertai aktiviti mewarna batik sebelum berangkat ke Istana Nurul Iman di sini hari ini bagi menghadiri istiadat pengurniaan darjah kebesaran Brunei.
RINGKASAN BERITA AI
−
Istiadat pengurniaan darjah kebesaran itu berlangsung pada majlis menghadap di Cheradi Laila Kenchana,Istana Nurul Iman,yang turut disaksikan Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah.
Hadir sama Menteri Luar,Datuk Seri Mohamad Hasan,Menteri Pelaburan,Perdagangan dan Industri,Datuk Seri Johari Abdul Ghani,Premier Sarawak,Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Ketua Menteri Sabah,Datuk Seri Hajiji Noor.