2026-08-22
HaiPress

Pukul bantal atas titi sempena Semarak Merdeka: Program Terpa Mai Join Kami,Sukan Dalam Bendang di Kampung Bangsal Lebah
KAYANG,22 Ogos – Lebih 2,000 peserta dan penduduk sekitar Kampung Bangsal Lebah serta sukarelawan dari Universiti Utara Malaysia (UUM) memeriahkan Sukan Bendang yang julung kali diadakan bersempena dengan sambutan Bulan Kebangsaan.
RINGKASAN BERITA AI
−
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Semarak Merdeka: Program Terpa Mai Join Kami,Sukan Dalam Bendang di Kampung Bangsal Lebah di sini bertemakan ‘‘Semangat Merdeka,Sihat,Bersukan,Bersama Komuniti’.
Lebih 20 aktiviti telah disusun atur melibatkan pelbagai peringkat usia dan kaum dalam semangat perpaduan sebagai bangsa yang Merdeka.
Antara aktiviti yang diadakan termasuk pukul bantal atas titi,bola dalam bendang,sukan kanak-kanak,tangkap itik,lari dalam guni,tunjuk aksi bina semangat,aktiviti bersama keluarga,pemeriksaan kesihatan,acara khas komuniti dan permainan tradisional serta konvoi kibaran Jalur Gemilang dan kenduri kampung.
Program turut mendapat kerjasama Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Parlimen Kangar,Ghazali Shafie Graduate School of Government (GSGSG) Universiti Utara Malaysia (UUM),UMNO Bahagian Kangar dan Pusat Daerah Mengundi (PDM) Bangsal Lebah.