Rumah Produk Teknologi tenaga baru ESports Agensi untuk bergabung AI pintar Berita global Perniagaan Hiburan Fesyen Kehidupan Hotel Kesihatan Sukan Kewangan Ibu bapa-anak Makanan Anak Hartanah

Colombia isytihar darurat ekonomi, kerugian akibat gempa cecah RM38 bilion

2026-08-22 HaiPress

Presiden Colombia,Abelardo de la Espriella (hadapan) bersama barisan menterinya / Foto ihsan Pejabat Presiden Colombia

BOGOTA,22 Ogos – Presiden Colombia,Abelardo de la Espriella bersama barisan menterinya menandatangani dekri mengisytiharkan darurat ekonomi,sosial dan ekologi selama 30 hari susulan gempa bumi kuat berukuran 7.4 magnitud yang melanda negara itu.

RINGKASAN BERITA AI

Setakat 19 Ogos,gempa itu menyebabkan 289 kematian,4,187 cedera dan 143 masih hilang.

Lebih 26,945 rumah musnah,manakala lebih 127,557 lagi mengalami kerosakan.

Kerosakan turut melibatkan ratusan jalan dan jambatan,selain 285 pusat kesihatan serta lebih 2,838 institusi pendidikan.

“Bayangkan skala bencana ini,” kata De la Espriella,yang baru tiga hari memegang jawatan presiden ketika gempa melanda.

Sebagai sebahagian daripada usaha pemulihan,beliau mengarahkan Menteri Perumahan melancarkan pelan pembinaan semula yang disifatkannya sebagai satu “keajaiban”,dengan sokongan sektor swasta.

Kerajaan turut diberi kuasa melalui dekri itu untuk mengambil langkah luar biasa berkaitan peruntukan belanjawan,percukaian,kewangan dan kredit bagi menyalurkan bantuan kepada mangsa serta membiayai kerja pemulihan dan pembinaan semula.

Keutamaan termasuk penyediaan tempat tinggal sementara dan subsidi perumahan kepada keluarga yang kehilangan kediaman,selain pemulihan kemudahan kesihatan,sekolah,jalan raya,sistem komunikasi dan infrastruktur penting lain.

Dalam perkembangan berkaitan,De la Espriella turut meminta Amerika Syarikat (AS) menangguhkan sementara tarif ke atas barangan Colombia bagi memberi ruang kepada ekonomi negara itu pulih daripada kesan gempa.

Permintaan itu disampaikan ketika perbualannya dengan Setiausaha Negara AS,Marco Rubio.

Tarif ke atas import Colombia dilaporkan meningkat daripada 10 peratus kepada 12.5 peratus pada akhir Julai,dengan beberapa eksport utama seperti minyak dan kopi dikecualikan. – AFP

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta 2009-2020 Berita Perisikan Teknologi Malaysia      Hubungi kami   SiteMap