Rumah Produk Teknologi tenaga baru ESports Agensi untuk bergabung AI pintar Berita global Perniagaan Hiburan Fesyen Kehidupan Hotel Kesihatan Sukan Kewangan Ibu bapa-anak Makanan Anak Hartanah

Wabak Ebola : Satu kematian setiap 30 minit dalam tempoh beberapa hari

2026-08-22 HaiPress

Foto fail REUTERS

KINSHASA,22 Ogos – Wabak Ebola di Republik Demokratik Congo (DRC) merebak pada kadar yang lebih pantas daripada keupayaan respons kesihatan menanganinya,dengan lebih 5,200 kes disahkan dan kira-kira 2,400 kematian dilaporkan setakat 18 Ogos.

RINGKASAN BERITA AI

“Kita kini memerlukan tindak balas yang lebih pantas dan fleksibel serta lebih berakar umbi dalam komuniti bagi mengesan kes lebih awal,memutuskan rantaian penularan dan menyelamatkan nyawa,” katanya.

Wabak itu diisytiharkan pada 15 Mei lalu selepas dikesan di wilayah Ituri,yang kekal sebagai pusat penularan. Ia kemudian merebak ke enam wilayah,termasuk North Kivu,South Kivu,Haut-Uélé,Tshopo dan Bas-Uélé.

WHO menyifatkannya sebagai wabak Ebola terbesar pernah direkodkan di DRC.

Dalam perkembangan berkaitan usaha membendung wabak,sebanyak 70,000 dos vaksin Ervebo diperuntukkan kepada DRC,bagaimanapun,WHO menegaskan Ervebo belum terbukti melindungi manusia daripada virus Bundibugyo.

Vaksin itu dilesenkan untuk mencegah penyakit Ebola yang disebabkan virus Zaire,bukan virus Bundibugyo,dan ujian klinikal diperlukan untuk mendapatkan bukti keberkesanannya.

Pihak berkuasa DRC bersama WHO,Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Afrika (Africa CDC) serta rakan antarabangsa kini memperluas pengesanan kes berasaskan komuniti,kapasiti rawatan,pengesanan kontak dan usaha mendapatkan kepercayaan penduduk bagi memutuskan rantaian penularan. – VIORY

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta 2009-2020 Berita Perisikan Teknologi Malaysia      Hubungi kami   SiteMap