2026-08-22
HaiPress

Datuk Seri Fahmi Fadzil / RTM
KUALA LUMPUR,22 Ogos- Kenyataan Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung Taiwan adalah berdasarkan pendirian rasmi Malaysia terhadap Dasar Satu China yang telah diamalkan sejak era Perdana Menteri,Tun Abdul Razak Hussein.
RINGKASAN BERITA AI
−
Dalam wawancara berkenaan,Datuk Seri Anwar berkata beliau melihat Taiwan sebagai sebahagian daripada China. “Ia adalah satu China. Ia diterima oleh semua.”
Menzahirkan kekesalan terhadap sikap parti pembangkang itu,Menteri Komunikasi itu turut mempersoalkan tindakan PAS yang bersuara lantang dalam isu luar negara,namun memilih untuk membisu berhubung isu tempatan membabitkan kepentingan umat Islam seperti Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji.
Beliau berkata laporan RCI berkenaan telah membongkar kerosakan dan ketidakcekapan pengurusan akaun serta pelaburan institusi berkenaan antara 2014 hingga 2017,termasuk kerugian melibatkan jutaan ringgit.