Rumah Produk Teknologi tenaga baru ESports Agensi untuk bergabung AI pintar Berita global Perniagaan Hiburan Fesyen Kehidupan Hotel Kesihatan Sukan Kewangan Ibu bapa-anak Makanan Anak Hartanah

Malaysia perkasa inovasi produk getah bernilai tinggi

2026-08-21 HaiPress

Foto RTM

KUALA LUMPUR,21 Ogos – Malaysia perlu terus mempergiat inovasi dengan menghasilkan lebih banyak produk getah khusus dan bernilai tinggi bagi memastikan industri itu kekal berdaya saing di peringkat global.

RINGKASAN BERITA AI

Menurutnya,langkah berkenaan selaras dengan aspirasi Ekonomi MADANI,Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030 serta Dasar AgriKomoditi Negara 2021-2030.

Dalam pada itu,aspek kebolehkesanan produk,pematuhan piawaian kelestarian serta pengukuhan bekalan getah asli tempatan perlu diberi perhatian bagi memastikan pengilang memperoleh bekalan bahan mentah yang stabil.

Katanya,industri getah juga perlu meneroka pasaran baharu melalui usaha perdagangan serta kerjasama lebih erat antara agensi kerajaan dan pemain industri.

“Kementerian akan terus menyediakan dasar dan peraturan yang menyokong pertumbuhan industri,khususnya dalam memperkukuh bekalan getah asli tempatan,” katanya.

Pada majlis sama,beliau menyaksikan pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara MRC dengan Universiti Teknologi MARA (UiTM),Universiti Teknologi PETRONAS (UTP),Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Monash University Malaysia.

Turut berlangsung pertukaran MoU tiga pihak antara MRC,Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dan Universiti Sains Malaysia (USM).

Kerjasama berkenaan bertujuan mempercepat inovasi,menyokong pengkomersialan teknologi baharu serta membangunkan lebih banyak produk getah bernilai tinggi.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta 2009-2020 Berita Perisikan Teknologi Malaysia      Hubungi kami   SiteMap