Rumah Produk Teknologi tenaga baru ESports Agensi untuk bergabung AI pintar Berita global Perniagaan Hiburan Fesyen Kehidupan Hotel Kesihatan Sukan Kewangan Ibu bapa-anak Makanan Anak Hartanah

Iran kecam siri baharu sekatan as sebagai ‘keganasan ekonomi’

2026-08-21 HaiPress

Foto AFP

ISTANBUL,21 Ogos – Tehran pada Khamis mengecam siri baharu sekatan ekonomi dan perdagangan Amerika Syarikat (AS) yang dikenakan terhadap Iran,dengan menyifatkannya sebagai ‘keganasan ekonomi’,lapor Anadolu Ajansi (AA).

RINGKASAN BERITA AI

Ia turut menyifatkan tekanan ekonomi AS sebagai “sisi lain daripada perang”,sambil berkata kebergantungan Washington kepada kedua-dua taktik itu menimbulkan ancaman terhadap keamanan dan keselamatan global.

Iran kekal “teguh dan bertekad” mempertahankan kepentingan nasionalnya daripada tekanan ketenteraan,ekonomi,politik dan psikologi AS,menurut kenyataan itu.

Pada Rabu,Presiden AS Donald Trump mengumumkan hasrat untuk melancarkan apa yang disifatkannya sebagai “operasi ekonomi paling dahsyat pernah diambil terhadap mana-mana negara,” dengan menyifatkan kempen tekanan maksimum terhadap Iran sebagai “Peperangan Ekonomi dan Pengasingan pada skala yang tidak pernah berlaku sebelum ini.”

Beliau berikrar memutuskan saluran kewangan yang menyokong Tehran,sambil memberi amaran bahawa negara yang menyediakan “talian hayat” ekonomi kepada Iran menerusi institusi kewangan,perniagaan,lapangan terbang atau entiti kerajaan akan berdepan akibat ekonomi yang serius.

Trump yang menyifatkan kempen itu sebagai “Economic D-Day” turut menggesa sekutu Washington menyertai usaha terbaharunya untuk melumpuhkan Tehran dari segi kewangan.- BERNAMA-ANADOLU

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta 2009-2020 Berita Perisikan Teknologi Malaysia      Hubungi kami   SiteMap