Rumah Produk Teknologi tenaga baru ESports Agensi untuk bergabung AI pintar Berita global Perniagaan Hiburan Fesyen Kehidupan Hotel Kesihatan Sukan Kewangan Ibu bapa-anak Makanan Anak Hartanah

Meta didakwa sengaja jadikan kanak-kanak ketagih media sosial

2026-08-19 HaiPress

Foto REUTERS

OAKLAND,19 Ogos – Meta didakwa sengaja mereka bentuk platform Instagram dan Facebook bagi menjadikan kanak-kanak serta remaja ketagih media sosial,ketika syarikat gergasi teknologi itu berdepan perbicaraan di mahkamah persekutuan Amerika Syarikat (AS) pada Selasa.

RINGKASAN BERITA AI

Bagaimanapun,peguam Meta,Paul Schmidt,mengakui terdapat pengguna yang mengalami kesan buruk akibat penggunaan rangkaian sosial,namun menegaskan syarikat itu telah berusaha membangunkan pelbagai ciri dan alat bagi membantu pengguna.

Sebelum perbicaraan bermula,Meta turut menafikan semua dakwaan terhadapnya dan menegaskan syarikat itu bekerjasama dengan ibu bapa,pakar serta pihak penguat kuasa bagi memperkenalkan langkah perlindungan untuk kanak-kanak.

Kes itu bukan yang pertama cuba mempertanggungjawabkan syarikat teknologi atas kesan penggunaan media sosial,namun ia berpotensi menjadi antara perbicaraan paling penting sekiranya membawa kepada perubahan besar terhadap cara platform berkenaan beroperasi.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Meta,Mark Zuckerberg,dijangka menjadi antara saksi utama yang akan memberi keterangan,bersama Ketua Instagram,Adam Mosseri.

Di luar mahkamah,beberapa aktivis termasuk ibu kepada kanak-kanak yang didakwa terdorong untuk membunuh diri akibat penggunaan media sosial turut mengadakan perhimpunan.

Seorang ibu,Lori Schott,mengkritik Zuckerberg dan Mosseri dengan menegaskan bahawa kekayaan serta pengaruh yang dimiliki syarikat itu tidak boleh dijadikan alasan untuk mengabaikan kemudaratan terhadap pengguna.

Kes berkenaan merupakan perbicaraan persekutuan pertama dalam siri tindakan undang-undang yang dijangka turut menyasarkan syarikat teknologi lain seperti TikTok,Snapchat dan YouTube,apabila keluarga,pendidik serta kerajaan negeri mendakwa platform berkenaan memberi kesan buruk terhadap kesihatan mental golongan muda.

Meta,yang mempunyai lebih tiga bilion pengguna di seluruh dunia,merupakan satu-satunya defendan dalam kes berkenaan.

Selain tuntutan penalti kewangan,gabungan negeri terbabit turut menuntut perubahan terhadap aplikasi Meta bagi meningkatkan perlindungan kepada pengguna muda,termasuk mengenakan had masa penggunaan skrin.

Empat negeri iaitu California,Colorado,Kentucky dan New Jersey mewakili gabungan 29 negeri yang memfailkan saman terhadap Meta pada 2023.

Tuduhan terhadap Meta melibatkan tiga perkara utama,iaitu didakwa mengelirukan orang ramai mengenai bahaya aplikasinya terhadap pengguna bawah umur,mereka bentuk beberapa ciri bagi menggalakkan pengguna terus berada dalam talian serta mengumpulkan data kanak-kanak berusia bawah 13 tahun tanpa kebenaran ibu bapa.

Perbicaraan itu dijangka berlangsung selama enam minggu dengan keputusan dijangka diketahui pada Oktober.

Bagi Meta,isu terbesar bukan sekadar penalti kewangan,sebaliknya risiko kerosakan terhadap reputasi syarikat serta kemungkinan dipaksa melakukan perubahan besar terhadap platform media sosialnya.

Pakar melihat kes itu mempunyai persamaan dengan tindakan undang-undang terhadap syarikat tembakau pada era 1990-an,apabila puluhan negeri di AS menyaman empat syarikat tembakau utama kerana didakwa meremehkan kesan buruk produk mereka terhadap kesihatan.

Kes tersebut akhirnya membawa kepada penyelesaian bersejarah pada 1998 yang melibatkan penalti kewangan serta perubahan terhadap cara produk tembakau dipasarkan. – AFP

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta 2009-2020 Berita Perisikan Teknologi Malaysia      Hubungi kami   SiteMap