Rumah Produk Teknologi tenaga baru ESports Agensi untuk bergabung AI pintar Berita global Perniagaan Hiburan Fesyen Kehidupan Hotel Kesihatan Sukan Kewangan Ibu bapa-anak Makanan Anak Hartanah

UAE dakwa Iran lancar dua peluru berpandu ke arah perkapalan

2026-08-19 HaiPress

Foto REUTERS

DUBAI,19 Ogos – Emiriah Arab Bersatu (UAE) mendakwa Iran melancarkan dua peluru berpandu balistik yang menyasarkan laluan perkapalan di Teluk,sekali gus menandakan amaran pertama mengenai ancaman peluru berpandu terhadap wilayah negara itu dalam tempoh beberapa bulan.

RINGKASAN BERITA AI

Bagaimanapun,Tehran sebelum ini memberi amaran bahawa Selat Hormuz,yang menjadi laluan utama kapal keluar dari pelabuhan UAE ke Teluk,akan terus ditutup sehingga satu perjanjian damai dicapai dengan Amerika Syarikat (AS).

Kenyataan awal Kementerian Pertahanan UAE itu dikeluarkan kira-kira dua jam selepas penduduk negara berkenaan menerima amaran ringkas menerusi telefon mengenai kemungkinan ancaman peluru berpandu.

“Disebabkan situasi semasa dan kemungkinan ancaman peluru berpandu,segera dapatkan perlindungan di tempat selamat dalam bangunan paling hampir,” menurut Kementerian Dalam Negeri UAE dalam amaran tersebut.

Bagaimanapun,amaran itu ditarik balik tidak lama kemudian.

Ia merupakan amaran sedemikian yang pertama dikeluarkan sejak insiden penggera palsu pada Jun,selain amaran pada Julai berhubung serangan yang akhirnya tidak memasuki wilayah UAE.

Sebelum itu,amaran terakhir mengenai ancaman peluru berpandu dikeluarkan pada awal Mei.

Dalam beberapa minggu kebelakangan ini,kapal tangki milik syarikat minyak milik negara,ADNOC,dilaporkan menjadi sasaran serangan berulang kali.

Ketika perang di Asia Barat tercetus pada 28 Februari lalu,UAE dilaporkan menerima serangan paling hebat daripada Iran,dengan hampir 3,000 peluru berpandu dan dron dilancarkan ke arah negara itu,lebih banyak berbanding negara lain di rantau berkenaan.

Bagaimanapun,selepas memorandum persefahaman antara kedua-dua pihak berkuat kuasa pada Jun sebelum akhirnya gagal dipertahankan,UAE tidak melaporkan sebarang serangan untuk tempoh tertentu,tidak seperti beberapa negara Teluk yang lain. – AFP

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta 2009-2020 Berita Perisikan Teknologi Malaysia      Hubungi kami   SiteMap