2026-08-18
HaiPress

Foto AFP
PALANGKARAYA,18 Ogos – Lebih 100,000 hektar kawasan di Indonesia dilaporkan terbakar pada separuh pertama tahun ini,manakala analisis bebas yang dijalankan Nusantara Atlas menganggarkan keluasan terjejas melebihi 285,000 hektar sehingga Julai.
RINGKASAN BERITA AI
−
Pengarah Pengubahsuaian Cuaca BMKG,Budi Harsoyo pula memaklumkan,penyelidikan diketuainya mendapati operasi pembenihan awan selama 12 hari pada 2023 menggandakan kebarangkalian hujan serta menghapuskan titik panas kebakaran.
Bagaimanapun,beliau menyifatkan kaedah itu sebagai langkah mitigasi dan bukan penyelesaian kekal.
Atas dasar itu,Penyelaras kempen kumpulan alam sekitar WALHI,Uli Arta Siagian menggesa kawasan yang terdedah kepada kebakaran perlu dilindungi daripada pembangunan.
Indonesia kerap berdepan kebakaran besar yang menghasilkan jerebu rentas sempadan sehingga menjejaskan negara jiran termasuk Malaysia dan Singapura.
Kebakaran tahun ini dijangka menjadi lebih buruk akibat El Nino kuat yang lazimnya membawa keadaan lebih kering di Indonesia dan sering dikaitkan dengan kebakaran besar.
Kumpulan aktivis 350.org turut memberi amaran bahawa perubahan iklim memburukkan lagi keadaan apabila El Nino berlaku ketika suhu asas global sudah lebih tinggi.
Selain pembenihan awan,hampir 50,000 anggota bomba kini dikerahkan bagi melaksanakan sebahagian besar operasi pemadaman hutan di darat.
Indonesia turut melaksanakan pembasahan semula tanah gambut,pemantauan titik panas menerusi satelit serta rondaan darat bagi mengawal kebakaran.
Selain itu,puluhan aset udara termasuk pesawat diletakkan dalam keadaan siap siaga bagi menyokong operasi pembenihan awan di seluruh negara. – AFP