Rumah Produk Teknologi tenaga baru ESports Agensi untuk bergabung AI pintar Berita global Perniagaan Hiburan Fesyen Kehidupan Hotel Kesihatan Sukan Kewangan Ibu bapa-anak Makanan Anak Hartanah

Serangan dron sasar pejabat PM Kurdistan ceroboh kedaulatan Iraq – PBB

2026-08-18 HaiPress

Jurucakap PBB,Stephane Dujarric/ Foto REUTERS

NEW YORK,18 Ogos – Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) mengecam serangan dron yang menyasarkan pejabat Perdana Menteri Wilayah Kurdistan di utara Iraq,pada Isnin.

RINGKASAN BERITA AI

Tiada pihak tampil mengaku bertanggungjawab,setakat ini.

Sementara itu,Perdana Menteri Kurdistan,Masrour Barzani menerusi laman X mengutuk sekeras-kerasnya serangan melulu itu,sambil menyifatkannya sebagai peningkatan yang berbahaya serta ancaman langsung terhadap keselamatan dan kestabilan wilayah berkenaan.

Menurut Barzani,pejabat peribadinya dan kediaman ketua Agensi Keselamatan dan Perisikan wilayah itu turut menjadi sasaran,berdasarkan siasatan Unit Antikeganasan Kurdistan.

Wilayah Kurdistan di Iraq sebelum ini berulang kali menjadi sasaran serangan dron dan roket.

Gelombang serangan dron selama empat hari terhadap medan minyak di wilayah itu pada Julai 2025,menyebabkan hampir separuh pengeluaran minyak mentah wilayah Kurdistan terhenti.

Pada April 2024 pula,serangan dron terhadap medan gas Khor Mor,antara yang terbesar di wilayah Kurdistan mengorbankan empat pekerja dari Yaman,mencederakan dua lagi serta memaksa bekalan gas ke loji janakuasa serantau dihentikan. -REUTERS

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta 2009-2020 Berita Perisikan Teknologi Malaysia      Hubungi kami   SiteMap