2026-07-28
HaiPress

Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,28 Julai – Seramai 2,379 ibu tunggal di seluruh negara telah menerima manfaat menerusi pelaksanaan Fasa 1 Program Kasih Ibu Tunggal (KasihnITa) yang diterajui Kementerian Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat melalui Jabatan Pembangunan Wanita (JPW).
RINGKASAN BERITA AI
−
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Seri Vell Paari Tun Samy Vellu di Dewan Negara hari ini.
Hui Ying turut memaklumkan,pelaksanaan KasihnITa Fasa 2 kini sedang giat dijalankan di seluruh negara dan dijangka berterusan sehingga pertengahan Ogos depan.
Mengulas mengenai program pemerkasaan ekonomi lain,beliau berkata wanita termasuk ibu tunggal turut diberi akses kepada Program Kemahiran Penjanaan Pendapatan (KIRANA) bagi membimbing mereka dalam perniagaan.
Sejak 2024 hingga Jun lalu,sebanyak 1,913 program KIRANA telah dilaksanakan yang memberi manfaat kepada 894 peserta,sekali gus berjaya merekodkan purata peningkatan pendapatan bulanan antara RM1,000 hingga RM1,500 sebulan.
Selain itu,JPW turut melatih 11,377 wanita menerusi 437 Program Memberdaya Akar Umbi Wanita (MEKAR) setakat Jun lalu,yang dilaksana menerusi platform Laman Wanita (LaWa) dan LaWa On-the-Go bagi menyediakan latihan kemahiran serta bimbingan keusahawanan komuniti.