Rumah Produk Teknologi tenaga baru ESports Agensi untuk bergabung AI pintar Berita global Perniagaan Hiburan Fesyen Kehidupan Hotel Kesihatan Sukan Kewangan Ibu bapa-anak Makanan Anak Hartanah

Dua projek naik taraf bekas jalan balak di Sarawak bernilai RM414 juta diluluskan

2026-07-28 HaiPress

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR,28 Julai – Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) telah meluluskan dua projek menaik taraf bekas jalan balak di Sarawak; melibatkan kos keseluruhan RM414 juta di bawah Program Jalan Luar Bandar (JLB).

RINGKASAN BERITA AI

Menjawab soalan tambahan di Dewan Negara,Datuk Rubiah menjelaskan KKDW tidak melaksanakan kerja menaik taraf jalan balak yang masih aktif kerana laluan tersebut masih di bawah kawalan syarikat pemegang konsesi serta Kerajaan Sarawak.

Katanya,jalan balak yang masih aktif diselenggara oleh syarikat konsesi,manakala jalan balak yang tidak lagi digunakan diselenggara oleh kerajaan negeri bagi memastikan akses penduduk pedalaman terus terpelihara.

“Jalan balak yang tidak lagi aktif boleh dipertimbangkan untuk dinaik taraf mengikut piawaian JKR di bawah Program Jalan Luar Bandar berdasarkan keutamaan yang dikemukakan Kerajaan Sarawak.

“Selepas siap,jalan berkenaan akan didaftarkan sebagai jalan negeri dan kerja penyelenggaraan dibiayai melalui peruntukan Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) yang disalurkan Kerajaan Persekutuan menerusi kerajaan Negeri,” katanya.

Datuk Rubiah turut menjelaskan mekanisme kerjasama antara kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dalam pelaksanaan projek berkenaan telah lama dilaksanakan,dengan Kerajaan Persekutuan membiayai kerja-kerja menaik taraf,manakala kerajaan negeri menentukan keutamaan projek serta mengambil alih penyelenggaraan selepas jalan didaftarkan sebagai jalan negeri.

Sejak Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10),beliau berkata KKDW telah meluluskan 23 projek menaik taraf bekas jalan balak di seluruh Sarawak,melibatkan kos RM1.525 bilion,sekali gus menaik taraf kira-kira 545 kilometer bekas jalan balak.

Beliau menegaskan,tiada cadangan mekanisme pembiayaan bersama baharu ketika ini,sebaliknya KKDW akan terus mempertimbangkan permohonan projek yang dikemukakan Kerajaan Negeri berdasarkan keutamaan dan kemampuan kewangan semasa Kerajaan Persekutuan.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta 2009-2020 Berita Perisikan Teknologi Malaysia      Hubungi kami   SiteMap