Rumah Produk Teknologi tenaga baru ESports Agensi untuk bergabung AI pintar Berita global Perniagaan Hiburan Fesyen Kehidupan Hotel Kesihatan Sukan Kewangan Ibu bapa-anak Makanan Anak Hartanah

Tingkatan Enam kekal bawah pengurusan KPM – PM

2026-07-28 HaiPress

Foto BERNAMA

PUTRAJAYA,28 Julai — Sistem pengurusan prauniversiti Tingkatan Enam dikekalkan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) buat masa ini bagi memastikan kelancaran pelaksanaan sistem sedia ada.

RINGKASAN BERITA AI

Selain itu,pelajar Tingkatan Enam juga akan menikmati skim bantuan persekolahan sama seperti murid Tahun Satu hingga Tingkatan Lima sedia ada.

“Untuk Tingkatan Enam,lebih 30,000 murid Tingkatan Enam yang mengikuti pengajian pada masa ini akan diberikan bantuan yang sama,” katanya.

Sebelum ini,skim Bantuan Am Persekolahan (BAmP) ini hanya meliputi murid sekolah rendah dan menengah,kini diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam.

Bagi tahun 2026,kerajaan memperuntukkan RM4.69 juta bagi inisiatif itu yang dijangka memberi manfaat kepada lebih 31,000 pelajar Tingkatan Enam daripada keluarga miskin tegar di seluruh negara.

Dalam pada itu,Datuk Seri Anwar berkata kerajaan komited memperkukuh kebajikan warga pendidik dengan memperluas peluang kenaikan gaji dan laluan kenaikan pangkat bagi mengiktiraf sumbangan guru kepada pembangunan negara.

“Sekarang kita tingkatkan peluang sama ada kenaikan gaji,kemudian peluang kenaikan pangkat,supaya guru-guru itu tidak terasa perlu naik ke jabatan sebelum diberi pengiktirafan,” katanya.

Jelasnya lagi,pendidikan kekal menjadi keutamaan kerajaan dengan pelbagai penambahbaikan akan terus dilaksanakan hasil maklum balas warga KPM.

Sementara itu,Datuk Seri Anwar mengarahkan semua sekolah supaya tidak menyembunyikan kes disiplin,termasuk kes buli,demi menjaga imej institusi.

Tegasnya,setiap kes perlu ditangani secara telus kerana keselamatan dan kebajikan murid jauh lebih penting daripada reputasi sekolah.

“Kalau guru besar itu memilih untuk mendedahkannya,saya hormati keputusan itu kerana beliau tidak cuba melindunginya.

“Ini bukan soal menjaga imej sekolah atau prestasi sekolah supaya tidak dipandang negatif. Jadi,anak didera ini,adakah kita sanggup menanggung dosa itu?,sebab itu saya minta supaya ada perubahan,” katanya lagi.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta 2009-2020 Berita Perisikan Teknologi Malaysia      Hubungi kami   SiteMap