2026-07-28
HaiPress

Presiden Perancis,Emmanuel Macron / Foto REUTERS
PARIS,28 Julai – Presiden Perancis,Emmanuel Macron,menyifatkan musim kebakaran hutan yang sedang melanda negara itu sebagai situasi paling mencabar sejak berakhirnya Perang Dunia Kedua,sambil memberi penghormatan kepada anggota bomba dan pasukan penyelamat yang bertungkus-lumus memadam kebakaran.
RINGKASAN BERITA AI
−
Beliau turut memuji peranan polis,petani dan pasukan pertahanan awam yang membantu melindungi penduduk serta kawasan penempatan daripada ancaman kebakaran.
Menurut beliau,Perancis turut menerima bantuan daripada beberapa negara Eropah menerusi Mekanisme Perlindungan Awam Kesatuan Eropah (EU),termasuk pesawat pemadam kebakaran dan pelbagai peralatan sokongan.
“Hari ini kita berdepan situasi paling sukar yang pernah direkodkan. Lebih 160,000 hektar kawasan telah musnah terbakar dan musim kebakaran masih belum berakhir,” katanya.
Beliau berkata kerajaan akan meneruskan usaha memadam kebakaran,di samping menyediakan bantuan kepada keluarga mangsa,pihak berkuasa tempatan dan mereka yang kehilangan kediaman bagi membolehkan proses penempatan semula serta pembinaan semula dilakukan secepat mungkin.
Sejak beberapa minggu lalu,Perancis berdepan beberapa kebakaran hutan berskala besar,terutama di wilayah selatan dan barat daya negara itu.
Di Var sahaja,kebakaran telah memusnahkan lebih 2,500 hektar kawasan,memaksa ratusan penduduk dipindahkan,manakala puluhan rumah rosak atau musnah.
Krisis itu turut mencerminkan situasi yang lebih membimbangkan di selatan Eropah.
Menjelang penghujung Julai,lebih 254,000 hektar kawasan di seluruh Kesatuan Eropah telah terbakar,dengan kebakaran besar turut dilaporkan di Sepanyol dan Itali.
Saintis berpendapat perubahan iklim akibat aktiviti manusia menyebabkan gelombang haba menjadi lebih kerap,lebih panjang dan lebih ekstrem,sekali gus meningkatkan risiko kebakaran hutan di seluruh rantau Mediterranean. – VIORY