Rumah Produk Teknologi tenaga baru ESports Agensi untuk bergabung AI pintar Berita global Perniagaan Hiburan Fesyen Kehidupan Hotel Kesihatan Sukan Kewangan Ibu bapa-anak Makanan Anak Hartanah

Cuba perkukuh sistem bekalan elektrik menerusi loji solar baharu 21.8 megawatt

2026-07-28 HaiPress

Pemasangan panel solar di wilayah Pinar del Rio / Foto REUTERS

HAVANA,28 Julai – Cuba terus berusaha memperkukuh sistem bekalan elektriknya dengan pengoperasian Taman Solar Fotovolta Santiago Miguel Cabanas Perojo berkapasiti 21.8 megawatt puncak (MWp),sebagai sebahagian daripada strategi kerajaan memperluas penggunaan tenaga boleh diperbaharui bagi mengatasi kekurangan penjanaan elektrik.

RINGKASAN BERITA AI

“Loji ini membekalkan tenaga terutamanya pada waktu siang untuk kegunaan di wilayah ini,” katanya.

Pedro Perez berkata,loji berkenaan tidak dilengkapi sistem penyimpanan tenaga,namun masih mampu memenuhi sebahagian keperluan bekalan elektrik wilayah itu pada waktu siang.

Taman Solar Fotovolta Santiago Miguel Cabanas Perojo merupakan loji solar ketiga dibina di Pinar del Rio dan sebahagian daripada projek nasional untuk menambah 1,000 megawatt tenaga boleh diperbaharui ke dalam sistem grid elektrik Cuba.

Kerajaan Cuba mempergiat pembangunan tenaga solar susulan krisis bekalan bahan api yang menjejaskan keupayaan negara itu menjana elektrik.

Keadaan itu bertambah buruk selepas Amerika Syarikat (AS) memperketat sekatan terhadap Cuba,termasuk mengenakan sekatan ke atas negara dan syarikat yang menjalankan perdagangan minyak dengan negara pulau itu.

Sekatan berkenaan menyukarkan Cuba mendapatkan bekalan bahan api untuk mengendalikan loji janakuasa termalnya,sekali gus menyebabkan gangguan bekalan elektrik yang berpanjangan di banyak kawasan di seluruh negara. – VIORY

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta 2009-2020 Berita Perisikan Teknologi Malaysia      Hubungi kami   SiteMap