Rumah Produk Teknologi tenaga baru ESports Agensi untuk bergabung AI pintar Berita global Perniagaan Hiburan Fesyen Kehidupan Hotel Kesihatan Sukan Kewangan Ibu bapa-anak Makanan Anak Hartanah

KPKT bakal anjur Persidangan Hartanah Asia (AREC) 2026 bermula 29 Julai

2026-07-27 HaiPress

Timbalan Ketua Setiausaha (Perumahan dan Kesejahteraan Komuniti) KPKT,Zulkiflee Sulaiman/Foto RTM

KUALA LUMPUR,27 Julai – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan menganjurkan Persidangan Hartanah Asia (AREC) 2026 bermula 29 Julai hingga 1 Ogos depan sebagai platform menghimpunkan pemain industri dan pakar hartanah dalam serta luar negara.

RINGKASAN BERITA AI

Timbalan Ketua Setiausaha (Perumahan dan Kesejahteraan Komuniti) KPKT,Zulkiflee Sulaiman berkata,persidangan itu akan menampilkan tiga komponen utama iaitu forum,sesi padanan perniagaan serta pameran industri yang memberi peluang kepada peserta berkongsi idea,teknologi dan inovasi terkini dalam pembangunan hartanah.

“Kalau kita lihat pada tahun 2025 tidak melibatkan menteri tapi tahun ini kita melibatkan dua orang menteri iaitu Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan,Nga Kor Ming dan juga menteri dari negara China,” katanya selepas menjadi tetamu program Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri hari ini.

Persidangan itu bakal menghimpunkan lebih 500 pempamer termasuk pemaju perumahan tempatan dan syarikat dari China yang akan mempamerkan teknologi serta inovasi terkini dalam sektor hartanah.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta 2009-2020 Berita Perisikan Teknologi Malaysia      Hubungi kami   SiteMap