2026-07-10
HaiPress

Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,10 Julai – Kesemua 636 menara komunikasi yang dibina di bawah Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) Fasa 1 di Sarawak kini telah diaktifkan dan beroperasi sepenuhnya,menurut Kementerian Komunikasi.
RINGKASAN BERITA AI
−
Kementerian itu menjelaskan,kelewatan yang berlaku sebelum ini dalam mengaktifkan sebahagian kecil menara berpunca daripada beberapa cabaran teknikal dan logistik.
Antaranya termasuk kesukaran akses ke tapak pembinaan akibat kerosakan jalan serta cuaca buruk,keperluan mendapatkan kebenaran daripada pemilik tanah,penggunaan kaedah penghantaran alternatif seperti bot bagi membawa peralatan,penyediaan sambungan backhaul gentian optik yang memerlukan kelulusan pihak utiliti serta pembinaan infrastruktur bekalan elektrik di kawasan pedalaman yang jauh daripada grid nasional.
“Walau bagaimanapun,semua isu tersebut telah berjaya diselesaikan dan kesemua menara komunikasi yang dibina di bawah Pelan JENDELA Fasa 1 telah diaktifkan serta beroperasi sepenuhnya,” menurut jawapan bertulis itu.
Selain JENDELA,kerajaan Sarawak turut melaksanakan inisiatif SMART600 bagi memperluaskan liputan telekomunikasi di seluruh negeri.
Sehingga 30 April lalu,sebanyak 600 menara komunikasi di bawah inisiatif itu telah siap dibina dan beroperasi,termasuk 29 menara di Parlimen Baram.
Kementerian Komunikasi berkata,pihaknya bersama MCMC akan terus memperkukuh penyediaan infrastruktur komunikasi dan internet di Sarawak,khususnya di kawasan pedalaman,menerusi kerjasama strategik dengan Kerajaan Sarawak.
Kerjasama itu melibatkan Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak,Jabatan Tanah dan Survei Sarawak serta Sarawak Multimedia Authority (SMA) bagi memastikan pelaksanaan projek telekomunikasi berjalan lancar dan memberi manfaat optimum kepada rakyat.