2026-07-10
HaiPress

Foto hiasan
KUALA LUMPUR,10 Julai – Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) memulakan kerja naik taraf sistem pengendalian bagasi (BHS) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 menerusi penambahbaikan di kawsan tuntutan bagasi bagi penumpang ketibaan antarabangsa.
RINGKASAN BERITA AI
−
Pendekatan pelaksanaan secara berfasa itu membolehkan kerja-kerja pemodenan dijalankan dengan selamat dan sistematik dalam persekitaran lapangan terbang yang masih beroperasi,di samping mengurangkan gangguan terhadap operasi pengendalian bagasi.
Malaysia Airports turut bekerjasama rapat dengan syarikat penerbangan dan rakan pengendali darat bagi memastikan langkah sewajarnya diambil untuk meminimumkan gangguan sepanjang kerja-kerja naik taraf dilaksanakan.
“Walaupun penumpang mungkin mengalami kesesakan sementara di kawasan tuntutan bagasi,operasi penghantaran bagasi akan terus berjalan seperti biasa,” tambah kenyataan itu.
Bagi memastikan kelancaran pengalaman penumpang,empat kawasan pengambilan bagasi sementara akan diaktifkan mengikut keperluan bagi menguruskan jumlah bagasi serta mengelakkan limpahan di karusel.
Papan tanda jelas akan dipasang bagi memaparkan maklumat penerbangan berkaitan,manakala pasukan operasi bagasi,pengendali darat serta khidmat pengalaman pelanggan akan bersedia membantu penumpang mencari dan mengambil bagasi masing-masing.
Keselamatan kekal menjadi keutamaan sepanjang pelaksanaan setiap fasa program berkenaan. Semua kerja pemasangan penghadang dan pembinaan akan dilaksanakan dengan mematuhi sepenuhnya keperluan operasi bagi menjamin keselamatan penumpang,warga lapangan terbang serta kelancaran operasi harian.
Malaysia Airports turut merakamkan penghargaan atas kesabaran dan kerjasama penumpang sepanjang penambahbaikan penting itu dilaksanakan bagi memperkukuh keupayaan operasi jangka panjang KLIA serta meningkatkan kecemerlangan penyampaian perkhidmatan.