2026-07-08
HaiPress

Ketua Pengarah Penyiaran,Ashwad Ismail .
PETALING JAYA,8 JULAI – Radio Televisyen Malaysia (RTM) komited memperkukuh kerjasama strategik dengan organisasi media antarabangsa bagi memperkasakan industri penyiaran serta pembangunan kandungan berkualiti tinggi.
RINGKASAN BERITA AI
−
“Saya amat berbesar hati dengan hasrat mereka untuk menjalinkan kerjasama yang lebih erat bersama Radio Televisyen Malaysia,” katanya selepas menghadiri CON – FEST 2026 di sini.
Sementara itu,Ashwad menegaskan,kerjasama antara media kerajaan,sektor swasta dan pemain industri amat penting bagi menghasilkan kandungan berkualiti serta memastikan industri penyiaran negara terus berkembang dan berdaya saing.
CON-FEST 2026 berlangsung selama tiga hari sehingga Khamis menghimpunkan lebih 300 penggiat industri media,kreatif dan kandungan digital global.
Edisi ketiga festival itu bertemakan “Next-Gen Content and Culture” menampilkan 55 penceramah menerusi pelbagai sesi forum,bengkel interaktif dan perkongsian industri.
Antara pengisian utama program termasuk perbincangan mengenai hak cipta,animasi,mikrodrama,peranan media ketika bencana serta perkembangan saluran televisyen percuma berasaskan sokongan iklan atau FAST Channels.