Rumah Produk Teknologi tenaga baru ESports Agensi untuk bergabung AI pintar Berita global Perniagaan Hiburan Fesyen Kehidupan Hotel Kesihatan Sukan Kewangan Ibu bapa-anak Makanan Anak Hartanah

9 anggota polis Pakistan maut ditembak kumpulan bersenjata

2026-07-07 HaiPress

Foto REUTERS

[b]QUETTA,[/b][b]7 Julai[/b] – Sekurang-kurangnya sembilan anggota polis maut,manakala beberapa yang lain dilaporkan hilang selepas sekumpulan lelaki bersenjata menyerang pos kawalan keselamatan di tapak projek empangan di wilayah bergolak Balochistan,barat daya Pakistan.

RINGKASAN BERITA AI

Wilayah Balochistan yang kaya dengan hasil mineral dan bersempadan dengan Afghanistan serta Iran,telah lama berdepan dengan ancaman pemberontakan kumpulan pemisah.

Kumpulan militan sering kali menjadikan pasukan keselamatan negara,pelaburan asing serta projek infrastruktur sebagai sasaran utama mereka.

Insiden terbaharu ini menandakan peningkatan mendadak siri serangan militan di wilayah sempadan Pakistan.

Islamabad mendakwa serangan tersebut dirancang dari pangkalan di Afghanistan.

Bagaimanapun,pihak Taliban berulang kali menafikan penglibatan mereka.

Sebagai tindak balas,Pakistan dilapor melancarkan beberapa siri serangan udara ke atas wilayah Afghanistan dalam beberapa bulan kebelakangan ini yang didakwa menyasarkan kubu kuat militan.

Bagaimanapun,pegawai kerajaan Taliban dan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan serangan udara tersebut turut mengorbankan berpuluh-puluh orang awam.- AFP

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta 2009-2020 Berita Perisikan Teknologi Malaysia      Hubungi kami   SiteMap