Rumah Produk Teknologi tenaga baru ESports Agensi untuk bergabung AI pintar Berita global Perniagaan Hiburan Fesyen Kehidupan Hotel Kesihatan Sukan Kewangan Ibu bapa-anak Makanan Anak Hartanah

Ribut kuat, angin kencang ragut lapan nyawa di tengah China

2026-07-07 HaiPress

Foto REUTERS

[b]BEIJING,[/b][b]7 Julai – [/b]Sekurang-kurangnya lapan orang terkorban manakala 275 lagi cedera selepas kejadian ribut petir dan angin kencang melanda wilayah tengah China.

RINGKASAN BERITA AI

Cuaca buruk berkenaan telah mencederakan sekurang-kurangnya 275 orang di daerah Huangzhou,Huanggang setakat pagi Selasa.

Pihak berkuasa tempatan juga telah bertindak memindahkan seramai 408 penduduk ke kawasan yang lebih selamat.

“Usaha menyelamat dan bantuan pascabencana kini sedang giat dijalankan,” tambah kenyataan itu.

Dalam perkembangan berkaitan,hujan lebat dan banjir besar yang dibawa oleh Taufan Maysak telah mengorbankan sekurang-kurangnya dua orang di wilayah selatan Guangxi.

Bencana berkenaan memaksa pihak berkuasa memindahkan sekurang-kurangnya 48,000 penduduk setakat malam Isnin.

Pegawai pengurusan bencana di Nanning,ibu negeri Guangxi,telah menaikkan tahap tindak balas kecemasan kawalan banjir ke peringkat tertinggi selepas hujan lebat dikesan telah menyebabkan empangan pecah.- AFP

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta 2009-2020 Berita Perisikan Teknologi Malaysia      Hubungi kami   SiteMap