2026-07-07
HaiPress

Foto Fail
[b]LONDON,7 Julai [/b]– Sebuah kapal tangki minyak dilaporkan dihentam satu projektil tidak dikenali sehingga mencetuskan kebakaran di luar pantai Oman,berhampiran Selat Hormuz pada Isnin.
RINGKASAN BERITA AI
−
Pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan lanjut,manakala semua kapal yang melalui laluan berkenaan dinasihatkan berwaspada dan melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan.
Dalam perkembangan berkaitan,portal berita berpangkalan di AS,Axios,melaporkan bahawa Iran didakwa telah melancarkan sekurang-kurangnya dua peluru berpandu ke arah kapal-kapal komersial.
Laporan itu memetik kenyataan dua pegawai AS yang enggan mendedahkan identiti mereka.
Salah seorang pegawai tersebut mendakwa sebuah lagi kapal komersial berasingan turut menjadi sasaran dan mengalami kerosakan.
Setakat ini,agensi berita AFP belum dapat mengesahkan laporan Axios,malah Pihak Pentagon juga belum memberikan sebarang ulasan rasmi.- AFP