Rumah Produk Teknologi tenaga baru ESports Agensi untuk bergabung AI pintar Berita global Perniagaan Hiburan Fesyen Kehidupan Hotel Kesihatan Sukan Kewangan Ibu bapa-anak Makanan Anak Hartanah

Latihan di Kem Hobart diteruskan, ATM perkukuh SOP keselamatan

2026-07-07 HaiPress

Panglima Angkatan Tentera,Jeneral Tan Sri Malek Razak Sulaiman pada majlis pelancaran rasmi Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2027 (LIMA’27) di ibu negara / Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR,7 Julai – Operasi dan latihan di Kem Hobart,Kedah diteruskan seperti biasa meskipun kem berkenaan berdepan dua insiden ketika latihan yang mengorbankan dua anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) dan mencederakan dua lagi anggota baru-baru ini.

RINGKASAN BERITA AI

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Rasmi Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2027 (LIMA’27) di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC),di sini,hari ini.

Mengulas lanjut,Tan Sri Malek berkata,siasatan berhubung insiden berkenaan masih dijalankan dan sebarang dapatan hanya akan diumumkan selepas proses siasatan selesai.

Beliau turut memberi jaminan bahawa kebajikan keluarga anggota yang terkorban terus diberi perhatian,termasuk memastikan segala bantuan,faedah dan hak yang layak diterima disalurkan dengan sewajarnya.

Pada 16 Jun lalu,dua anggota TDM maut dalam insiden letupan bom tangan ketika menjalani latihan di lapang sasar Kem Hobart,Kedah.

Susulan kejadian itu,satu Lembaga Siasatan ditubuhkan bagi mengenal pasti punca insiden serta mengemukakan syor penambahbaikan bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

Pada 29 Jun lalu,dua lagi anggota TDM cedera di bahagian lutut selepas dipercayai terkena serpihan objek yang melenting akibat masalah teknikal ketika latihan menembak menggunakan senjata mesingan di kem yang sama.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta 2009-2020 Berita Perisikan Teknologi Malaysia      Hubungi kami   SiteMap