2026-07-01
HaiPress

Foto RTM
KUALA LUMPUR,1 Julai – Penggubalan Rang Undang-undang (RUU) Jenayah Siber 2026 penting bagi memastikan kerangka perundangan negara kekal relevan,responsif dan berkesan dalam menangani jenayah siber yang semakin kompleks.
RINGKASAN BERITA AI
−
Tambah beliau,sesi taklimat turut diadakan kepada Jawatankuasa Pilihan Keselamatan serta Jawatankuasa Pilihan Infrastruktur,Pengangkutan dan Komunikasi Parlimen,selain Backbenchers Club (BBC).
Jelasnya lagi,mekanisme pencegahan,pengesanan dan penguatkuasaan turut diperkukuh bagi meningkatkan keupayaan negara membanteras jenayah siber.
Antara cadangan penting ialah pengenalan hukuman lebih tegas terhadap kesalahan penyebaran imej intim melalui sistem komputer.
“Peruntukan berkaitan penyebaran imej intim digubal setelah mengambil kira keterbatasan undang-undang sedia ada,termasuk Seksyen 507E Kanun Keseksaan [Akta 574] serta Seksyen 8 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 [Akta 792].
“Peruntukan sedia ada masih belum mencukupi untuk menangani penyebaran imej intim digital yang dimanipulasi,termasuk melibatkan aspek rentas sempadan dan teknologi moden.
“Sehubungan itu,peruntukan baharu diperkenalkan bagi membendung penyebaran imej intim tanpa kebenaran,termasuk dalam situasi imej diperoleh dengan persetujuan tetapi disalahgunakan kemudian,” jelasnya.
RUU berkenaan turut memastikan tindakan perundangan dapat dilaksanakan secara adil,inklusif serta merentasi sempadan tanpa mengira kewarganegaraan pelaku.
Selain itu,penyedia perkhidmatan digital juga akan dipertanggungjawabkan bagi memastikan platform masing-masing tidak disalahgunakan untuk aktiviti jenayah siber.
Dalam masa sama,RUU ini memperuntukkan kuasa statutori bagi penubuhan Jawatankuasa Memerangi Jenayah Siber,sekali gus memperkukuh tadbir urus keselamatan siber negara.
Langkah ini dijangka meningkatkan keyakinan rakyat terhadap pelaksanaan perkhidmatan identiti digital negara,selaras dengan arus kemajuan teknologi dan keperluan keselamatan masa kini.