Rumah Produk Teknologi tenaga baru ESports Agensi untuk bergabung AI pintar Berita global Perniagaan Hiburan Fesyen Kehidupan Hotel Kesihatan Sukan Kewangan Ibu bapa-anak Makanan Anak Hartanah

Kes ketagihan media sosial, YouTube capai penyelesaian luar mahkamah

2026-06-24 HaiPress

Foto hiasan

[b]SAN FRANCISCO,24 Jun[/b] – YouTube mencapai satu perjanjian penyelesaian sulit dengan seorang remaja Amerika Syarikat (AS) berusia 15 tahun susulan saman mendakwa platform milik Google itu serta rangkaian media sosial lain telah menjejaskan kesihatan mentalnya.

RINGKASAN BERITA AI

Dalam satu kenyataan bersama,peguam plaintif,John Morgan dan Emily Jeffcott menyatakan bahawa tindakan YouTube untuk menyelesaikan kes tersebut sebelum berhadapan dengan panel juri menunjukkan kegusaran syarikat itu terhadap risiko perbicaraan terbuka.

Mereka turut menuduh para eksekutif media sosial telah merangka strategi selama bertahun-tahun untuk mengumpan kanak-kanak pada usia awal menerusi ciri-ciri aplikasi tertentu.

“Mereka menggunakan ciri-ciri seperti fungsi main automatik (autoplay) dan skrol tanpa had yang sengaja direka untuk mewujudkan ketagihan,” jelas pihak peguam.

Meskipun YouTube telah menyelesaikan kes mereka,pemilik Instagram iaitu Meta,bersama TikTok dan Snapchat,kekal dinamakan sebagai defendan dalam kes ini.

Perbicaraan yang merupakan kes kedua seumpamanya di AS itu dijadualkan bermula pada 27 Julai depan di Los Angeles.

Plaintif yang hanya dikenali dengan nama R.K.C.,merupakan seorang remaja dari Florida.

Beliau mendakwa penggunaan media sosial secara kompulsif telah menyumbang kepada masalah keresahan melampau (anxiety),kemurungan dan fikiran untuk membunuh diri yang memerlukan rawatan berterusan sehingga kini.

Kes beliau dipilih sebagai kes penanda aras untuk membantu menyelesaikan ribuan saman serupa di seluruh negara.- AFP

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta 2009-2020 Berita Perisikan Teknologi Malaysia      Hubungi kami   SiteMap