2026-06-17
HaiPress

Penyampaian Anugerah Tokoh Maal Hijrah (Anugerah Abu Bakar As-Siddiq) kepada Datuk Abdul Rahim Abdul Chalik pada Majlis Sambutan Maal Hijrah 1448H Peringkat Negeri Melaka Tahun 2026/ Foto FB Ab Rauf Yusoh
MERLIMAU,17 Jun – Bekas pendidik,Datuk Abdul Rahim Abdul Chalik Al-Hafiz antara penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Negeri Melaka 1448H/2026M bagi kategori Anugerah Abu Bakar As-Siddiq.
RINGKASAN BERITA AI
−
Beliau juga pernah menerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah 1439H bagi kategori Imam As-Shafie Tokoh Ilmuan Islam.
Datuk Abdul Rahim menyatakan rasa syukur atas anugerah yang diterima dan menyifatkannya sebagai pemangkin untuk terus berdakwah.
“Tidak pernah terbayang dalam hati saya… saya amat bersyukur ke hadrat Allah SWT atas pengiktirafan ini dan merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri Melaka,khususnya MAIM dan JAIM.
“Saya tidak pernah menyangka akan menerima anugerah ini. Semoga penghormatan ini menjadi pembakar semangat untuk saya terus berbakti dalam bidang dakwah serta memberi inspirasi kepada rakan-rakan pendakwah yang lain”,katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Maal Hijrah Negeri Melaka 1448H/2026M di Masjid Falihin Kampung Alai,Merlimau,malam tadi.
Pada Majlis berkenaan,Ketua Menteri Melaka,Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengumumkan peruntukan RM68,000 kepada 13 Tokoh Maal Hijrah Sebagai mengiktiraf jasa dan peranan mereka dalam memperkukuh syiar islam di Melaka.
Sebanyak RM6.87 juta juga diluluskan kerajaan pusat bagi kerja-kerja menaik taraf dan penambahbaikan 134 institusi Pendidikan Islam di Melaka.