2026-04-12
HaiPress

Kapal USS Michael Murphy
TEHRAN,12 April – Markas Pusat Khatam al-Anbiya Iran menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa kapal tentera laut Amerika Syarikat (AS) telah menghampiri atau memasuki Selat Hormuz,sekali gus menyangkal kenyataan pihak AS berhubung pergerakan dua kapal perang mereka di laluan strategik itu.
RINGKASAN BERITA AI
−
“Kami telah memulakan proses mewujudkan laluan baharu dan akan berkongsi laluan selamat ini dengan industri maritim tidak lama lagi bagi menggalakkan kelancaran perdagangan,” kata Cooper.
Sementara itu,penganalisis ketenteraan Iran,Nima Akbarkhani,memberitahu agensi Mehr bahawa adalah mustahil bagi kapal perang,walaupun paling canggih,untuk melalui Selat Hormuz tanpa dikesan.
Beliau mendakwa kapal perang AS cuba melaksanakan operasi berisiko tinggi menggunakan peperangan elektronik serta penyamaran identiti,namun pasukan tentera laut Iran bertindak menahan diri susulan gencatan senjata yang baru dicapai,selain mengeluarkan amaran tegas.
Perkembangan ini berlaku ketika delegasi Iran dan AS berada di Islamabad bagi rundingan meredakan ketegangan di Asia Barat selepas gencatan senjata dicapai awal minggu ini.-REUTERS