Rumah Produk Teknologi tenaga baru ESports Agensi untuk bergabung AI pintar Berita global Perniagaan Hiburan Fesyen Kehidupan Hotel Kesihatan Sukan Kewangan Ibu bapa-anak Makanan Anak Hartanah

Kampung Padang Mahligai dipilih sebagai Kampung Angkat MADANI

2026-04-12 HaiPress

Dr Mohamed Taufiq Johari

KUALA MUDA,12 April – Kampung Padang Mahligai,Sidam Kiri bawah kawasan Parlimen Sungai Petani dipilih sebagai Kampung Angkat MADANI menerima peruntukan sebanyak RM1.1 juta bagi pelaksanaan pelbagai projek pembangunan dan kemasyarakatan.

RINGKASAN BERITA AI

Pelaksanaan inisiatif itu turut memberi manfaat kepada kampung-kampung sekitar yang akan turut merasai limpahan pembangunan hasil projek berkenaan.

Majlis berkenaan trut dihadiri Pengarah Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Kedah,Datuk Zepri Saad.

Sementara itu penduduk Kampung Padang Mahligai,Sidam Kiri Azhar Ramli melahirkan rasa syukur dan berterima kasih atas pelaksanaan pelbagai kemudahan baharu termasuk pembinaan dewan terbuka yang telah lama dinantikan.

Pembinaan dewan terbuka itu memberi manfaat besar kepada seluruh komuniti kampung yang sebelum ini tidak mempunyai kemudahan seumpamanya.

“Dengan adanya dewan ini,semua aktiviti penduduk kampung,sama ada golongan muda atau tua,dapat dilaksanakan secara berpusat dan lebih tersusun,” katanya.

Sementara itu,penduduk lain,Nur Hanim Hashim berkata,pelbagai perubahan positif dapat dilihat di kampung berkenaan termasuk naik taraf kemudahan asas seperti lampu jalan yang sebelum ini tidak tersedia.

“Banyak perubahan berlaku sejak kebelakangan ini. Kini kampung kami lebih baik dengan adanya kemudahan seperti dewan dan lampu jalan,” katanya.

Seorang lagi penduduk,Rohaida Hashim turut berkongsi rasa puas hati terhadap kemudahan yang disediakan termasuk keadaan jalan kampung yang lebih baik serta suasana kampung yang lebih ceria dan selamat.

“Alhamdulillah,kami sangat berpuas hati dengan kemudahan yang ada sekarang. Jalan sudah kemas,lampu jalan pun ada,kampung pun lebih ceria,” katanya.

Penduduk berharap segala kemudahan yang disediakan dapat terus dipelihara dan ditambah baik bagi memastikan kesejahteraan komuniti setempat sentiasa terjamin.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta 2009-2020 Berita Perisikan Teknologi Malaysia      Hubungi kami   SiteMap