Rumah Agensi untuk bergabung Produk Teknologi tenaga baru ESports Berita global AI pintar Hiburan Kehidupan Perniagaan Fesyen Hotel Sukan Ibu bapa-anak Kesihatan Anak Kewangan Makanan Hartanah

Festival Kesenian Islam & Program Dakwah Negara 2025 semarak seni dan dakwah di Terengganu

2025-11-21 HaiPress

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),Senator Dr. Zulkifli Hasan (tiga dari kanan) merasmikan Festival Kesenian Islam dan Program Dakwah Negara 2025 di Marang,Terengganu / Foto RTM

MARANG,21 November – Festival Kesenian Islam dan Program Dakwah Negara 2025 kembali berlangsung di Terengganu dengan tema “Menyubur Mahabbah Melalui Seni dan Dakwah” bermula Jumaat (20 November) hingga Ahad (22 November).

Berlangsung di Dewan Kompleks PERKASA,Asrama Darul Falah Bukit Payong,festival berkenaan menampilkan 11 acara pertandingan dan melibatkan lebih 900 peserta terdiri para pelajar sekolah rendah,menengah,institusi pengajian tinggi serta belia.

Festival tersebut juga bertujuan mencungkil bakat,memupuk kreativiti,serta membina keyakinan diri peserta dalam seni budaya dakwah Islam.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),Senator Dr. Zulkifli Hasan.

Selain pertandingan,festival turut menampilkan Forum Ehwal Islam sebagai salah satu aktiviti sokongan bagi memupuk pemahaman keagamaan dalam kalangan peserta dan pengunjung.

Acara tersebut dianjurkan Gerakan Belia 4B Malaysia Negeri Terengganu dengan kerjasama YADIM,PERKASA dan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta 2009-2020 Berita Perisikan Teknologi Malaysia      Hubungi kami   SiteMap