Rumah Agensi untuk bergabung Produk Teknologi tenaga baru ESports Berita global AI pintar Hiburan Kehidupan Perniagaan Fesyen Hotel Sukan Ibu bapa-anak Kesihatan Anak Kewangan Makanan Hartanah

Malaysia-Chile kukuh kerjasama perdagangan, buka peluang eksport ke Amerika Latin

2025-10-27 HaiPress

Foto hiasan

KUALA LUMPUR,24 Oktober-Malaysia membuka peluang baharu kepada pengeksport tempatan ke pasaran Amerika Latin melalui kerjasama antara Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dan Direktorat Promosi Eksport Chile (ProChile) .

Menurut kenyataan bersama,kerjasama itu bertujuan membuka peluang perniagaan baharu,memperkukuh daya tahan ekonomi serta mempercepat pertumbuhan perdagangan dua hala antara Malaysia dan Chile.

"Sebagai agensi promosi perdagangan utama negara masing-masing,MATRADE dan ProChile berkongsi matlamat sama dalam membantu syarikat tempatan mengembangkan pasaran global.

"Melalui memorandum persefahaman yang dimeterai,kedua-dua pihak akan bertukar maklumat perdagangan,menganjurkan aktiviti promosi bersama selain memperkukuh kerjasama dalam bidang pembangunan kapasiti dan kecekapan syarikat," menurut kenyataan itu.

Pengerusi MATRADE,Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata,kerjasama itu merupakan pencapaian penting dalam usaha memperluas kerjasama strategik dengan negara Amerika Latin,selaras dengan strategi kepelbagaian pasaran.

"Chile kekal sebagai rakan dagang utama Malaysia di rantau Amerika Latin,berada di tangga ketujuh sebagai rakan dagang terbesar,destinasi eksport keempat terbesar,dan sumber import ketujuh terbesar bagi Malaysia," katanya.

Dari Januari hingga September 2025,jumlah perdagangan dua hala meningkat 3.5 peratus kepada RM1.55 bilion berbanding RM1.49 bilion pada tempoh sama tahun lalu.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta 2009-2020 Berita Perisikan Teknologi Malaysia      Hubungi kami   SiteMap