Rumah Agensi untuk bergabung Produk Teknologi tenaga baru ESports Berita global AI pintar Hiburan Kehidupan Perniagaan Fesyen Hotel Sukan Ibu bapa-anak Kesihatan Anak Kewangan Makanan Hartanah

IMF kekalkan unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia 4.5% pada 2025

2025-10-15 HaiPress

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR,15 Oktober - Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) mengekalkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebenar Malaysia pada kadar 4.5 peratus bagi 2025 dan 4.0 peratus bagi 2026.

Bagi pasaran sedang pesat membangun dan ekonomi membangun,pertumbuhan dijangka menyederhana kepada 4.2 peratus pada 2025 dan 4.0 peratus pada 2026,berbanding 4.3 peratus pada 2024.

IMF dalam kemas kini Tinjauan Ekonomi Dunia (WEO) edisi Oktober 2025 yang diterbitkan hari ini memaklumkan,unjuran berkenaan hampir tidak berubah berbanding edisi Julai,namun merupakan semakan menaik kumulatif sebanyak 0.6 mata peratusan berbanding WEO April 2025.

“Angka ini lebih rendah sebanyak 0.2 mata peratusan secara kumulatif berbanding unjuran pada Oktober 2024,dengan negara membangun berpendapatan rendah mengalami semakan menurun yang lebih besar berbanding negara berpendapatan sederhana,” menurut IMF.

Bagi rantau Asia yang sedang pesat membangun,pertumbuhan dijangka menurun daripada 5.3 peratus pada 2024 kepada 5.2 peratus pada 2025 dan seterusnya kepada 4.7 peratus pada 2026.

“Unjuran pertumbuhan bagi beberapa negara di rantau ini,terutamanya di ASEAN,mencerminkan perubahan kadar tarif efektif.

“Di China,unjuran pertumbuhan KDNK 2025 disemak naik sebanyak 0.8 mata peratusan dalam kemas kini WEO Julai selepas keputusan menghentikan kenaikan tarif pada Mei,” jelas IMF.

Menurut IMF lagi,prestasi ekonomi yang lebih kukuh daripada jangkaan dalam beberapa suku lepas menunjukkan peningkatan awal dalam perdagangan antarabangsa serta penggunaan domestik yang kekal mantap,disokong oleh pengembangan fiskal pada 2025 yang berjaya mengimbangi kesan ketidaktentuan dan kadar tarif lebih tinggi.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta 2009-2020 Berita Perisikan Teknologi Malaysia      Hubungi kami   SiteMap