2025-10-15
HaiPress
FOTO PERBADANAN LABUAN
LABUAN,15 Oktober - Taman Rekreasi,Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan dipilih menjadi lokasi untuk penganjuran Borneo Art Festival (BAF) 2025 yang akan berlangsung pertengahan November ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa berkata,lokasi itu dipilih kerana bersesuaian dengan konsep penganjurannya pada kali ini.
Selain,taman berkenaan pernah menjadi lokasi penganjuran Borneo Flora Festival (BFF) yang lalu.
"Jadi,ini merupakan antara salah satu produk pelancongan yang akan kita kembangkan,dan kita akan jadikannya sebagai program bertaraf antarabangsa.
"Buat kali ini,kita akan menggunakan tapak BFF ini,iaitu struktur-struktur sedia ada di sini yang mungkin akan kita kekalkan,sambil menonjolkan tema Borneo sebagai keutamaan," katanya.
Katanya ketika melakukan tinjauan di lokasi penganjuran BAF 2025.
Beliau menjelaskan,penganjuran BAF pada kali ini menampilkan beberapa acara baharu dalam penganjurannya.
Katanya,BAF akan mempersembahkan tentang kebudayaan dan kesenian daripada segi hasil kraf tangan,makanan dan pakaian kebudayaan tradisional kaum dan etnik di borneo.