2025-10-13
HaiPress
Pemandangan sekitar Jambatan Angkat di Kuala Terengganu./BERNAMA
KUALA TERENGGANU,12 Oktober – Belanjawan 2026 disambut baik di Terengganu dengan tumpuan diberikan kepada kesinambungan pembangunan negeri dan kesejahteraan rakyat.
Pengarah Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu,Datuk Abdul Kahar Abdul Latif,berkata peruntukan yang diumumkan menunjukkan komitmen berterusan kerajaan dalam memperkukuh infrastruktur,memperluas peluang ekonomi serta memastikan pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) di negeri itu berjalan lancar.
Menurutnya,pelaksanaan projek di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) kini memasuki fasa akhir,merangkumi projek infrastruktur kecil,program pembangunan komuniti,pembinaan dan baik pulih rumah serta inisiatif di bawah agenda Sejahtera MADANI.
Setakat ini,Terengganu telah menerima lebih RM7 bilion menerusi RMK12 bagi pelaksanaan pelbagai projek untuk rakyat.
“Saya yakin dan percaya,menerusi Belanjawan 2026 ini akan ada projek-projek besar dilaksanakan di Terengganu. Negeri ini juga antara penerima utama peruntukan kerajaan,termasuk projek tempatan,hakisan pantai serta infrastruktur seperti sekolah dan hospital,” katanya"
Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Pengamal Media di Kuala Terengganu,hari ini.