Rumah Agensi untuk bergabung Produk Teknologi tenaga baru ESports Berita global AI pintar Hiburan Kehidupan Perniagaan Fesyen Hotel Sukan Ibu bapa-anak Kesihatan Anak Kewangan Makanan Hartanah

Malaysia, Hong Kong terus perkukuh hubungan perdagangan

2025-09-28 HaiPress

Foto Facebook

KUALA LUMPUR,28 September – Malaysia dan Hong Kong terus memperkukuh hubungan perdagangan dengan menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) baharu mengenai perdagangan digital.

Ia sekali gus membuka ruang kerjasama lebih luas dalam sektor berteknologi tinggi.

Menteri Pelaburan,Perdagangan dan Industri,Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata,pertemuannya dengan Setiausaha Perdagangan dan Pembangunan Ekonomi Hong Kong,Algernon Yau,turut menekankan potensi pelaburan dalam sektor berteknologi tinggi .

Antaranya elektrik dan elektronik (E&E),robotik serta Industri 4.0 bagi membuka peluang perniagaan dan inovasi baharu.

Beliau turut mengalu-alukan pembukaan Pejabat Ekonomi dan Perdagangan Hong Kong di Kuala Lumpur pada 2025,yang dijangka menjadi pemangkin kepada lebih banyak peluang perniagaan dan inovasi antara kedua pihak.

“Dengan jumlah pelaburan Hong Kong di Malaysia mencecah RM24.6 bilion setakat Disember 2024,masa depan hubungan perdagangan kita dilihat semakin cerah,” katanya dalam satu hantaran di Facebook,hari ini.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta 2009-2020 Berita Perisikan Teknologi Malaysia      Hubungi kami   SiteMap