Rumah Agensi untuk bergabung Produk Teknologi tenaga baru ESports Berita global AI pintar Hiburan Kehidupan Perniagaan Fesyen Hotel Sukan Ibu bapa-anak Kesihatan Anak Kewangan Makanan Hartanah

Sektor pelancongan domestik catat prestasi cemerlang, jumlah pelawat meningkat

2025-09-19 HaiPress

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR,18 September- Sektor pelancongan domestik mencatat prestasi cemerlang dengan rekod 73.8 juta jumlah pelawat pada suku kedua 2025,meningkat 7.8 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM),perbelanjaan pelancongan domestik mencecah RM29.2 bilion,sekali gus menunjukkan pertumbuhan sederhana sebanyak 3.8 peratus tahun ke tahun.

Ketua Perangkawan Malaysia,Datuk Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata Selangor kekal sebagai destinasi paling popular dengan rekod 34.5 juta pelawat sepanjang 2024,diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (27 juta) dan Perak (21.8 juta).

"Perak turut merekodkan pertumbuhan tertinggi ketibaan pelancong,melonjak 36.1 peratus kepada 10.2 juta berbanding 7.5 juta pada tahun sebelumnya.

Dari segi terimaan pelancongan,Selangor mendahului dengan RM14.2 bilion diikuti Kuala Lumpur (RM14.1 bilion),Pahang (RM8.7 bilion) dan Sabah (RM8.6 bilion)," kata kenyataan itu.

Aktiviti membeli-belah kekal sebagai penyumbang utama dengan perbelanjaan sebanyak RM39.9 bilion diikuti makanan dan minuman (RM17.3 bilion),dengan Kuala Lumpur dan Selangor menjadi tumpuan utama bagi kedua-dua aktiviti.

Majoriti pelancong domestik melakukan perjalanan untuk melawat saudara-mara dan rakan,kecuali di Melaka yang lebih menonjol sebagai destinasi percutian.

Tempoh purata penginapan turut meningkat kepada 2.49 malam.

Jelas DOSM,peningkatan itu membuktikan sektor pelancongan domestik terus relevan,berdaya saing dan menjadi pemacu penting ekonomi negara.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta 2009-2020 Berita Perisikan Teknologi Malaysia      Hubungi kami   SiteMap