Rumah Agensi untuk bergabung Produk Teknologi tenaga baru ESports Berita global AI pintar Hiburan Kehidupan Perniagaan Fesyen Hotel Sukan Ibu bapa-anak Kesihatan Anak Kewangan Makanan Hartanah

Bursa Malaysia sasar 60 IPO tahun ini, 37 telah direkodkan setakat Julai

2025-07-23 IDOPRESS

Bursa Malaysia optimis mampu mencapai sasaran 60 tawaran awam permulaan (IPO) tahun ini / Foto Hiasan

KUALA LUMPUR,22 Julai – Bursa Malaysia optimis mampu mencapai sasaran 60 tawaran awam permulaan (IPO) tahun ini,meskipun berdepan persekitaran ekonomi global yang mencabar.

Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia,Datuk Fad’l Mohamed berkata sebanyak 37 IPO telah direkodkan setakat ini,sekali gus mencerminkan minat dan keyakinan kukuh syarikat terhadap bursa tempatan.

“Bursa Malaysia terus menjadi platform utama pengumpulan dana,disokong oleh minat dan penyertaan pelabur yang berterusan. Sudah tentu aspek penetapan harga dan saiz terbitan perlu dipertimbangkan,namun perkara itu tidak menjejaskan hasrat syarikat-syarikat untuk disenaraikan di Bursa,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis menandatangani Memorandum Kolaborasi antara Bursa Carbon Exchange (BCX) dan UEM Lestra Bhd,di sini.

Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia,Datuk Fad’l Mohamed
Untuk rekod,Bursa Malaysia mencatatkan 55 penyenaraian pada 2024,tertinggi dalam tempoh 19 tahun,berbanding hanya 32 penyenaraian pada 2023.Mengulas mengenai kolaborasi bersama UEM Lestra,Fad’l berkata memorandum tersebut akan mempercepatkan peralihan korporat ke arah amalan hijau."Perjanjian ini membolehkan pelaksanaan lelongan Kontrak Bekalan Tenaga Dua Hala (BESC) pertama di Malaysia,di bawah Skim Bekalan Tenaga Boleh Baharu Korporat (CRESS). BCX akan menyediakan platform lelongan sebagai perkhidmatan,bagi memudahkan proses pembidaan yang terbuka dan kompetitif,” jelasnya.CRESS,yang diperkenalkan oleh kerajaan,bertujuan meningkatkan akses korporat kepada tenaga boleh baharu,sekali gus menyokong agenda kelestarian negara.
Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta 2009-2020 Berita Perisikan Teknologi Malaysia      Hubungi kami   SiteMap