Rumah Agensi untuk bergabung Produk Teknologi tenaga baru ESports Berita global AI pintar Hiburan Kehidupan Perniagaan Fesyen Hotel Sukan Ibu bapa-anak Kesihatan Anak Kewangan Makanan Hartanah

NAICO perkukuh usaha bangunkan bidang MRO dan aeroangkasa negara

2025-07-23 IDOPRESS

Sektor Penyelenggaraan,Pembaikan dan Baik Pulih (MRO) dilihat mempunyai potensi pertumbuhan yang sangat besar,dengan nilai projek sedia ada mencecah RM600 juta/Foto fail

KUALA LUMPUR,22 Julai – Perbadanan Industri Aeroangkasa NegaraMalaysia (NAICO) kini melipatgandakan usaha untuk memperkukuh aktiviti utama dalam bidang Penyelenggaraan,Pembaikan dan Baik Pulih (MRO),selaras dengan perkembangan pesat sektor itu di peringkat global dan tempatan.

Ketua Pegawai Eksekutif NAICO,Prof. Ts. Shamsul Kamar Abu Samah berkata,sektor MRO dilihat mempunyai potensi pertumbuhan yang sangat besar,dengan nilai projek sedia ada mencecah RM600 juta.

“Kita menjangkakan industri MRO akan berkembang secara signifikan dalam masa terdekat,lebih-lebih lagi dengan kehadiran pelabur-pelabur strategik yang telah pun beroperasi di dalam negara,” katanya selepas menjadi tetamu program Biz Malaysia di Angkasapuri Kota Media,di sini.

Menurut beliau,aktiviti pembuatan dalam sektor aeroangkasa juga semakin rancak berikutan permintaan global yang tinggi terhadap pesawat komersial.

Perkembangan ini memberi kelebihan kepada Malaysia sebagai sebahagian daripada rantaian nilai global.

“Namun apa yang lebih penting ialah bagaimana kita dapat meningkatkan kepakaran dari segi teknologi,kejuruteraan,pembuatan dan reka bentuk. Ini sedang digerakkan melalui inisiatif 'MyAero Centre of Excellence' yang akan memperkukuh daya saing jangka panjang industri tempatan,” tambah beliau.

Prof. Shamsul turut menegaskan bahawa pasca pandemik COVID-19,permintaan terhadap perkhidmatan penerbangan kembali meningkat bukan sahaja untuk pelancongan dan ekonomi,malah termasuk perubatan.

Justeru,aktiviti berkaitan kejuruteraan,pembuatan dan MRO dijangka terus mendapat permintaan tinggi walaupun terdapat ketidaktentuan global.

Mengulas mengenai Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13),beliau menyatakan bahawa tempoh tersebut merupakan fasa terakhir kepada Pelan Industri Aeroangkasa Negara 2030 dan amat penting bagi melonjakkan momentum sektor tersebut.

“Sasaran kita adalah untuk mencapai nilai industri sebanyak RM55.2 bilion menjelang tahun 2030. Oleh itu,kami mengharapkan sokongan berterusan kerajaan untuk mendorong pertumbuhan aktiviti bernilai tinggi seperti reka bentuk,pembuatan dan integrasi sistem di Malaysia,” katanya lagi.

Tambahnya,selain pesawat komersial,NAICO turut memberi tumpuan kepada sektor-sektor baharu seperti pembangunan dron,satelit dan pesawat kecil sebagai bidang pertumbuhan baharu yang berpotensi.

“Dengan sokongan kerajaan serta pengukuhan rantaian bekalan global,kami yakin industri aeroangkasa Malaysia mampu mencapai kedudukan yang lebih kukuh di peringkat serantau dan antarabangsa,” katanya.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta 2009-2020 Berita Perisikan Teknologi Malaysia      Hubungi kami   SiteMap