Rumah Agensi untuk bergabung Produk Teknologi tenaga baru ESports Berita global AI pintar Hiburan Kehidupan Perniagaan Fesyen Hotel Sukan Ibu bapa-anak Kesihatan Anak Kewangan Makanan Hartanah

Kadar jangka pendek diunjurkan stabil, disokong operasi BNM

2025-07-23 HaiPress

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR,23 Julai - Kadar jangka pendek diunjurkan kekal stabil pada Rabu,dengan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) akan menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional dianggarkan berjumlah RM15.77 bilion manakala dalam sistem Islam sebanyak RM27.67 bilion.

Hari ini,bank pusat akan menawarkan tiga tender repo berbalik,merangkumi RM2.3 bilion untuk tempoh tujuh hari,RM1.5 bilion untuk 33 hari,dan RM1.0 bilion bagi 92 hari.

BNM juga akan melaksanakan satu tender repo berbalik semalaman RM4.0 bilion untuk satu hari.

Bank pusat juga telah mengumumkan ketersediaan repo berbalik,perjanjian jual dan beli semula,serta kemudahan murabahah komoditi bercagar dengan tempoh seminggu,sebulan dan tiga bulan.

Pada 4 petang,BNM dijadualkan melaksanakan tender konvensional semalaman RM24.6 bilion dan lelongan semalaman murabahah RM27.7 bilion.- BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta 2009-2020 Berita Perisikan Teknologi Malaysia      Hubungi kami   SiteMap