Rumah Agensi untuk bergabung Produk Teknologi tenaga baru ESports Berita global AI pintar Hiburan Kehidupan Perniagaan Fesyen Hotel Sukan Ibu bapa-anak Kesihatan Anak Kewangan Makanan Hartanah

Rizab BNM meningkat kepada AS$120.9 bilion

2025-07-23 HaiPress

Foto fail

KUALA LUMPUR,22 Julai - Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat kepada AS$120.9 bilion pada 15 Julai 2025.

Jumlah itu meningkat berbanding AS$120.6 yang direkodkan pada 30 Jun 2025.

''Paras rizab ini memadai untuk membiayai 4.8 bulan import barangan dan perkhidmatan,dan 0.9 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

'Komponen utama rizab merangkumi rizab mata wang asing sebanyak AS$107.3 bilion dolar,paras rizab Tabung Kewangan Antarabangsa berjumlah AS$1.3 bilion dolar dan hak pengeluaran khas sebanyak AS$5.9 bilion dolar,'' jelas BNM dalam satu kenyataan hari ini.

Selain itu,emas dan aset rizab lain masing-masing berjumlah AS$4.1 bilion dolar dan AS$2.3 bilion dolar.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta 2009-2020 Berita Perisikan Teknologi Malaysia      Hubungi kami   SiteMap