2025-07-23
HaiPress
Foto Fail
KUALA LUMPUR,22 Julai - Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dalam sistem konvensional meningkat kepada RM23.30 bilion daripada RM16.59 bilion pada pagi,manakala mudah tunai dana Islam menyusut kepada RM27.20 bilion daripada RM27.53 bilion sebelumnya.
Terdahulu,bank pusat menawarkan tender repo berbalik,tender repo berbalik Islam dan tender repo berbalik semalaman.
Bank pusat turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik,perjanjian jual dan beli semula,dan kemudahan murabahah komoditi bercagar dengan tempoh seminggu,sebulan dan tiga bulan.
Pada 4 petang,BNM mengumumkan tender pasaran wang konvensional RM23.3 bilion dan tender pasaran wang murabahah RM27.2 bilion,kedua-duanya dengan tempoh matang satu hari.
Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 2.75 peratus pada 18 Julai,2025. - BERNAMA