2025-07-23
HaiPress
Facebook Jabatan Meteorologi Malaysia
PETALING JAYA,23 Julai - Satu gempa bumi sederhana berlaku di selatan Jawa,Indonesia pada pukul 4.04 pagi tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) dalam kenyataan memaklumkan,gempa tersebut berukuran 5.1 magnitud dengan kedalaman 20 kilometer.
Kejadian itu berpusat di koordinat 9.0° selatan dan 106.0° timur,iaitu kira-kira 258 kilometer selatan dari Sukabumi,Indonesia.
Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.