Rumah Agensi untuk bergabung Produk Teknologi tenaga baru ESports Berita global AI pintar Hiburan Kehidupan Perniagaan Fesyen Hotel Sukan Ibu bapa-anak Kesihatan Anak Kewangan Makanan Hartanah

AI antara perbincangan Muzakarah Falak MABIMS 2025

2025-07-23 HaiPress

Foto BERNAMA

SEREMBAN,23 Julai - Muzakarah Falak MABIMS 2025 yang menghimpunkan delegasi dari Indonesia,Brunei,Singapura dan Malaysia akan bersidang sehingga 26 Julai ini.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),Datuk Dr. Sirajuddin Suhaimee berkata,antara isu semasa yang akan dibincangkan ialah cabaran serta kesediaan umat Islam menghadapi kemajuan teknologi pengimejan seperti kecerdasan buatan (AI) dan kamera digital.

Perbincangan itu akan menumpukan kepada usaha memastikan kaedah pengesahan kenampakan anak bulan selaras dengan kehendak syarak dan menepati hukum.

"Contohnya teknologi pengimejan,sama ada kenampakan hilal itu dengan mata dan alat ataupun dengan imej yang dirakam oleh kamera.

"Jadi ini dua benda yang seringkali dalam banyak perkara kita bincangkan lebih terperinci sebab ada yang kata jika imej itu diubah suai,asal tak nampak,tiba-tiba boleh nampak. Jadi itu menimbulkan kekhuatiran dalam kalangan ahli-ahli falak,pakar sekalian. Itu cabarannya," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan muzakarah berkenaan; mewakili Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar di sini.

Tambahnya,perkongsian pengalaman dan kepakaran dari negara masing-masing membantu mengemas kini kriteria kebolehnampakan hilal,sekali gus tidak menimbulkan sebarang kemusykilan dalam kalangan umat Islam.

Sebanyak tujuh pembentangan pelbagai isu akan dibincangkan melibatkan 80 orang peserta di samping aktiviti lawatan dan cerapan Hilal Safar serta Forum Perdana Ehwal Islam Khas Falak.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta 2009-2020 Berita Perisikan Teknologi Malaysia      Hubungi kami   SiteMap