Rumah Agensi untuk bergabung Produk Teknologi tenaga baru ESports Berita global AI pintar Hiburan Kehidupan Perniagaan Fesyen Hotel Sukan Ibu bapa-anak Kesihatan Anak Kewangan Makanan Hartanah

Dr. Johari Mat dinobat Tokoh Maal Hijrah Perlis

2025-07-04 HaiPress

Foto Facebook Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs)

ARAU,3 Julai- Mantan Ahli Jawatankuasa Fatwa Perlis,Prof. Emeritus Datuk Dr. Johari Mat diangkat sebagai Tokoh Maal Hijrah Negeri Perlis Tahun 1447 Hijrah atas sumbangan besar beliau dalam bidang keilmuan dan pemikiran Islam di negara ini.

Anugerah disampaikan Raja Perlis,Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dalam Majlis Maal Hijrah Peringkat Negeri di Pusat Koreksional Perlis.

Pengarah Institut Pemikiran Tok Guru Dato’ Bentara Setia (IPTG) Kompleks Kota Darulnaim itu juga menerima wang tunai sebanyak RM10,000,plak dan sijil penghargaan yang disampaikan oleh Baginda.

Turut berangkat pada majlis itu,Raja Muda Perlis,Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis,Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Pada majlis sama,Tuanku Syed Sirajuddin turut berkenan menyampaikan Anugerah Maal Hijrah kepada Raja Datuk Azwane Raja Ariff yang banyak menabur bakti di Perlis.

Manakala,Naib Presiden Persatuan Air Antarabangsa (IWA),Dr. Mohmad Asari Daud pula menerima Anugerah Jaaizah Maal Hijrah.

Sebanyak 31 anugerah disampaikan kepada penerima yang cemerlang dalam pelbagai kategori,antaranya Anugerah Pengurusan Hal Ehwal Islam,Anugerah Khas Maal Hijrah,Anugerah Didik Maal Hijrah dan Anugerah Masjid Terbaik.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta 2009-2020 Berita Perisikan Teknologi Malaysia      Hubungi kami   SiteMap