2025-06-03
HaiPress
Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi / BERNAMA
LONDON,3 Jun- Kerjasama serantau bersama negara-negara ASEAN sedang diperkukuh dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai hab utama Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).
Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata,Malaysia komited bukan hanya untuk menerima pelajar asing dari negara jiran,malah turut terlibat aktif dalam pertukaran tenaga pengajar dan pemindahan ilmu.
Bertujuan memacu kecemerlangan sektor TVET di peringkat serantau.
Menurut beliau,Majlis TVET ASEAN akan diaktifkan semula dengan pendekatan lebih menyeluruh sebagai platform untuk menarik minat pelajar ASEAN menyambung pengajian dalam bidang teknikal dan vokasional di Malaysia.
"Untuk ASEAN,kita ada majlis TVET ASEAN,kita akan aktifkan bukan hanya sekadar pengiktirafan tetapi kita mahu menggamit pelajar-pelajar dari negara ASEAN dan untuk belajar di institusi-institusi TVET di Malaysia.
"Tanpa mengurangkan peluang untuk pelajar-pelajar Malaysia belajar di institusi TVET," kata Datuk Seri Dr. Ahmad.
Jelas beliau,beberapa pelajar dari Jakarta dan Sumatera Barat telah membuat permohonan untuk menyambung pengajian di institusi seperti Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM),menerusi jaringan Politeknik Malaysia.
Dalam perkembangan berkaitan,memorandum persefahaman turut ditandatangani bersama gabenor dua wilayah Indonesia,sebagai usaha memperkukuh kerjasama dua hala dalam bidang pendidikan teknikal.
Selain itu,beberapa siri perbincangan telah diadakan bersama menteri-menteri yang bertanggungjawab terhadap guna tenaga dan pekerjaan dari negara-negara ASEAN,bagi membentuk kerjasama lebih kukuh dalam bidang TVET.