Rumah Agensi untuk bergabung Produk Teknologi tenaga baru ESports Berita global AI pintar Hiburan Kehidupan Perniagaan Fesyen Hotel Sukan Ibu bapa-anak Kesihatan Anak Kewangan Makanan Hartanah

Dagangan Malaysia-China cecah RM161.98 bilion, E&E pacu pertumbuhan

2025-05-30 IDOPRESS

Jumlah dagangan Malaysia-China mencecah RM161.98 bilion bagi tempoh Januari hingga April 2025,dipacu oleh eksport barangan elektrik dan elektronik (E&E) / Foto Hiasan / Fail

KUALA LUMPUR,28 Mei- Jumlah dagangan Malaysia-China mencecah RM161.98 bilion bagi tempoh Januari hingga April 2025,dipacuoleh eksport barangan elektrik dan elektronik (E&E).

Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) memaklumkan,negara tembok besar itu kekal sebagai rakan dagang terbesar negara selama 16 tahun berturut-turut.

''Dagangan dua hala Malaysia-China berkembangsebanyak 7.5 peratusmewakili 16.8 peratus daripada jumlah keseluruhan dagangan Malaysia. Hubungan dagangan antara kedua-dua negara mendapat momentum baharu susulan lawatan Presiden Xi Jinping.

"Kunjungan itu mengukuhkan penjajaran strategik dalam pembangunan hijau,ekonomi digitaldan infrastruktur serantau melalui inisiatif seperti Inisiatif Jalur dan Laluan," menurut MATRADE dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu,MATRADE bakal mengetuai penyertaan Malaysia dalam Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) ke-22 di Nanning,Chinadari 17 hingga 21 Septembert 2025.

Ekspo berkenaanmenyasarkan lebih 100 syarikat tempatan berpotensi tinggi dalam sektor seperti makanan dan minuman,penjagaan kesihatan,gaya hidup,penyelesaian digital,tenaga bersihdan inovasi seiring dengan aliranglobal dan permintaan pasaran China.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta 2009-2020 Berita Perisikan Teknologi Malaysia      Hubungi kami   SiteMap