Rumah Agensi untuk bergabung Produk Teknologi tenaga baru ESports Berita global AI pintar Hiburan Kehidupan Perniagaan Fesyen Hotel Sukan Ibu bapa-anak Kesihatan Anak Kewangan Makanan Hartanah

MARA sambut baik dana RM200 juta, tambah baik capaian internet IPMa

2025-04-11 HaiPress

Pengerusi MARA,Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki

KUALA LUMPUR,10 April- Majlis Amanah Rakyat (MARA) sambut baik peruntukan sebanyak RM200 juta yang kepada Institut Pendidikan MARA (IPMa),dalam usaha menambah baik mutu capaian internet.

Pengerusi MARA,Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata,dengan peruntukan tersebut ia sekali gus dapat memperkasa insfrastruktur digital MARA dalam memastikan liputan internet berkualiti tinggi di semua rangkaian MARA.

"Dengan peruntukan RM200 juta yang diumumkan ini sebenarnya amat-amat membantu. Itu untuk memastikan infrastruktur dan prasarana digital dan capaian internet di semua 344 Institusi Pendidikan MARA (IPMa) berada pada tahap terbaik.

Alhamdulilah,dengan sokongan Kementerian Komunikasi khususnya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC),ia demi ekosistem pendidikan MARA," kata Dr. Asyraf kepada pemberita,hari ini.

Beliau ditemui dalam satu sidang media selepas hadir Majlis Amazing Syawal UPTM,di ibu negara.

Dalam perkembangan berkaitan,MARA tidak berkompromi serta akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pelajar yang terlibat dalam penyalahgunaan kemudahan internet.

Tegas Datuk Dr. Asyraf,ini termasuk tindakan membuang pelajar terbabit.

Perkara itu selaras dengan permintaan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah,Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi agar tiada elemen seksual dalam kalangan pengguna internet di semua IPMa.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta 2009-2020 Berita Perisikan Teknologi Malaysia      Hubungi kami   SiteMap