2025-03-13
IDOPRESS
Timbalan Menteri Pertahanan Malaysia (MINDEF),Adly Zahari,menandatangani plak perasmian sempena Majlis Peluncuran Program Digitalisasi Affin Digital Space di SK Kementah/ BERNAMA
KUALA LUMPUR,13 Mac- Kerajaan belum menerima sebarang keputusan daripada Kerajaan Mesir berhubung penghantaran pulang 127 rakyat Palestin yang dibawa ke Malaysia untuk mendapatkan rawatan.
Menurut Timbalan Menteri Pertahanan,Adly Zahari kesemua mereka kini berada bawah jagaan Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) menerusi Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).
"Kita masih menunggu penyelarasan dengan pihak negara Mesir kerana kita tahu di peringkat Mesir harus memberikan kerjasama kita untuk memastikan bahawa kita boleh menghantar pulang mereka ini terutama ke Gaza
"Kita sudah memaklumkan kepada mereka,kita sudah mengadakan beberapa siri perbincangan cuma menunggu masa yang sesuai untuk kita hantar pulang mereka ke Palestin",katanya.
Beliau ditemui pada Majlis Peluncuran Program Digitalisasi Affin Digital Space di ibu negara.
Mengenai kebajikan warga Palestin tersebut,beliau berkata pihaknya akan terus berkerjasama dengan JAKIM.
Pada 16 Ogos lalu,seramai 127 rakyat Palestin termasuk 41 yang cedera akibat serangan Israel dibawa ke Malaysia bagi menerima rawatan di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan.
Manakala,selebihnya ditempatkan di Wisma Transit Kuala Lumpur.